Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam. | Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelapa muda tak berminyak. | Orang muda yang belum ada pengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelapa ditebuk tupai. | Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memagar kelapa (= kerambil) condong, buahnya jatuh ke ladang orang. | Kita yang bersusah payah, orang lain yang mendapat hasilnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua kelapa, makin tua berminyak. | Meskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mumbang jatuh (= runtuh), kelapa jatuh (= runtuh). | Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti berebut kelongkong kelapa. | Pergaduhan dengan sebab makanan atau keuntungan yang sedikit. kelongkong = buah nyiur yang masih muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang. | Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dicari cempedak di bawah kerambil. | Mencari tidak pada tempatnya. kerambil = kelapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Labu dikerbuk tikus. | Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kelapa ditebuk tupai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |