Kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal. | Tiap-tiap sesuatu ada dengan kelebihannya masing-masing. radai = sirip. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bembam bukan terung. | Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersilat kepada si buta. | Menunjukkan kelebihan kepada orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meragakan pakaian cantik kepada si buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti limau masak seulas. | Mempunyai kelebihan daripada yang lain (kepandaian atau kekayaan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. | Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak. | Kelebihan atau kepandaian itu menjadi milik orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung. | Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Besar diambak, tinggi dianjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging. | Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang! | Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa. | Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |