Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelebihannya

Peribahasa

Harimau menyorokkan kuku.

Bermaksud :

Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gaharu dibakar kemenyan berbau.Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau menyorokkan kuku.Orang yang menyembunyikan kelebihannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah mati kerana gadingnya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harimau mati kerana belangnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau mati kerana belangnya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati dicatuk katak, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasturi mati kerana baunya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Harimau mati kerana belangnya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). kasturi = tikus kecil yang harum baunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti harimau menyembunyikan kukunya.Orang yang menyembunyikan kelebihannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal.Tiap-tiap sesuatu ada dengan kelebihannya masing-masing. radai = sirip.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terdorong gajah kerana besarnya.Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai.Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas