Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keluarganya

Peribahasa

Mengembangkan ketiak amis.

Bermaksud :

Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Memperhujankan (= menghujani) garam sendiri.Menghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: a. Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?, b. Membasahkan garam sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengembangkan ketiak amis.Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada biduk karam sebelah.Apabila seseorang mendapat kecelakaan, tentu kaum keluarganya akan ikut menolong.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi). bergelumang = kotor berlumur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seorang cecak, semuanya merasa pedih.Kalau seorang berbuat salah, maka kaum keluarganya akan turut merasa malu. cecak = cubit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Maukah (mahukah) orang menghujankan garamnya?Tidak ada orang yang mahu menghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: Membasahkan garam sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya.Tiap-tiap orang lebih suka kepada keluarganya sendiri daripada kepada orang lain. puar = tumbuhan-tumbuhan hutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menepuk (= mencapak) air di dulang, terpercik muka sendiri juga.Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak ada orang menggaruk keluar badan.Biasanya kalau ada perselisihan orang berpihak pada kaum keluarganya (partinya dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas