Hati hendak semua jadi. | Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tentang lubuk lepas tuba, tentang ikan akan mati. | Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pendek dihubung, panjang dikerat. | Dapat menyesuaikan sesuatu perkara menurut kemahuan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati. | Orang yang menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angan lalu, faham tertumbuk. | Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. | Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kerbau dicocok (= diatur) hidung. | Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti garuk dengan sisir. | Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makin banyak orang, makin banyak niat. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |