| Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. | Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bajak patah, banteng terambau. | Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Geruh tak mencium bau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Geruh tak berbunyi, malang tak berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kemudi patah perahu tembuk. | Kemalangan yang silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Antan patah, lesung hilang. | Kemalangan yang bertimpa-timpa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Barang tergenggam jatuh terlepas. | Menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Destar habis, kopiah luluh. | Menderita kemalangan terus-menerus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Untung melambung, malang menimpa. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Awak alah gelanggang usai. | Ditimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi. usai = lengang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditindih yang berat, dililit yang panjang. | Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |