| Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi. | Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Musim kemarau menghilirkan balok (= balak). | Melakukan pekerjaan bukan pada waktunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Katak ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah dengan tidak keruan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kodok ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang. | Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis. | Khabar angin yang dilebih-lebihkan. tuarang = musim kemarau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kucing biang. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kodok ditimpa kemarau). biang = induk atau gatal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kucing keguguran anak. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |