Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.tian] | کماتين

Definisi : 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pela­yaran); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.tian] | کماتين

Definisi : 1 hal-hal yg berkaitan dgn mati: surat ~ surat keterangan mengenai orang yg telah mati. 2 hal atau keadaan mati: Sejak ~ isterinya, dia selalu saja termenung. 3 menderita kerana matinya seseorang: Dia ~ isteri kesayangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Peribahasa

Layu bunga digenggam,
     layu rumput di halaman.

Bermaksud :

Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mendapati tanah tersirah.Berlaku kematian. tanah tersirah = tanah kuburan yang merah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Layu bunga digenggam, layu rumput di halaman.Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba.Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah.Kesedihan kerana kematian kekasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah kandar (gandar) di tengah jalan.Mendapat kemalangan dalam usaha; pekerjaan terhalang kerana kematian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas