Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) me­ngembalikan, pemulangan, pemulihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1 balik ke tempat asalnya; pulang: Suaminya masih belum ~ dr pejabat. ~ ke alam baqa (kekal), = ~ ke rahmatullah meninggal dunia. 2 lagi; sekali lagi; semula: Di sana, kami telah bertemu ~. 3 kata yg digunakan utk menyatakan pengulangan, pemulangan dll; semula: Dia menceritakan hal itu ~. mengembalikan 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? pengembalian perbuatan (hal dsb) kembali atau mengembalikan; pemulangan; pemulihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,

Puisi
 

Burung serindit terbang melayang,
     Mari hinggap di pohon jati;
Wahai adinda kekasihku sayang,
     Kembali kasih si buah hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sesat surut,
     terlangkah kembali.

Bermaksud :

Memperbaiki kesalahan yang telah terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sudah diludah dijilat kembali (= balik).Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sesat surut, terlangkah kembali.Memperbaiki kesalahan yang telah terjadi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belut pulang ke lumpur.Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Misai pulang ke bibir.Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sirih pulang ke gagangnya.Kembali ke tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan pulang ke lubuk.Telah kembali ke tempat asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali.Orang melarat mendapat pertolongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kiambang dilempar.Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kemiri jatuh ke pangkalnya.Beroleh tempat yang sepatutnya; kembali ke tempat asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas