Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melem­bung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seke­tika kendur (bkn perut), kembang kempis; mengembung menjadi kembung; mengembungkan menjadikan kembung, meng­gembungkan, menggelembungkan, melembung­kan, membusungkan: ~ perut; gembung I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 melembung kerana berisi angin dll; gembung: ~ kempis kembang kempis. 2 berasa senak kerana kemasukan angin (bkn perut). mengembung menjadi kembung. mengembungkan menjadikan kembung; menggembungkan; melembungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembung (adjektif)
Bersinonim dengan kelembung, gelembung, gembung, bergembung, menjadi besar, melembung, senak;,
Kata Terbitan : mengembungkan,

Peribahasa

Laksana buntal kembung,
     perut buncit di dalamnya kosong.

Bermaksud :

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai buntal kembung.Bodoh dan sombong.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong.Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya.Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan. kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas