Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : dupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila di­bakar, luban jawi; jenis-jenisnya: ~ arab, ~ hantu, ~ hitam, ~ merah, ~ putih, ~ serani; belum (sudah) diasapi ~ belum (sudah) berkahwin; apakah gunanya ~ sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau prb tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain; gaharu dibakar, ~ berbau prb memperlihatkan kele­bihan supaya dipercayai orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : ; akar ~ hantu sj tumbuhan (po­kok memanjat), Dioscorea pyrifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : sj ikan laut; ®kemejan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : dupa atau getah dr beberapa jenis pokok (berbau harum apabila dibakar): ~ arab; ~ hantu; ~ hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemenyan

Peribahasa

Gaharu dibakar kemenyan berbau.

Bermaksud :

Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sukakan kemenyan, dibakar.Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gaharu dibakar kemenyan berbau.Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar.Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum dipanjat asap kemenyan.Belum kahwin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan, gula tertumpah pada kanji.Usaha yang berhasil baik. menonggok = melonggok, menimbun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas