Tidak kekal bunga dikarang. | Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengejar (= mengejan) tuah, najis keluar. | Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga. | Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gadis jolong bersubang, bujang jolong berkeris. | Sangat sombong kerana kekayaan (kemuliaan) yang baru diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang. | Hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup, jangan mengharapkan sangat kepada bantuan orang. emas pembawa = harta pemberian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebesar-besar gajah di rimba, dapat juga ke tangan manusia. | Muslihat dapat mengalahkan kekuatan, kekayaan atau kemuliaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |