Bagai lukah, tak penuh air. | Selalu hendak makan saja, tak ada kenyang-kenyangnya. (Biasa juga: Macam lukah, tak kenyang-kenyang oleh air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas. | Hidup dalam kemiskinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah kenyang makan kerak. | Sudah banyak pengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pacat kenyang. | Sehabis makan di rumah orang, lalu pergi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bunyi siamang kenyang. | Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada lukah yang kenyang oleh air. | Tabiat manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Geleng seperti si patung kenyang. | Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jung pecah, yu yang kenyang. | Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang tali, sekenyang-kenyang banteng. | Tidak ada daya upaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidur tak lelap, makan tak kenyang. | Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |