| Seperti ulat lupakan daun. | Melupakan kebaikan orang kepadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ternanti-nanti bagai berlakikan raja. | Berhajat kepada orang yang tidak berkehendak kepadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tergeser kena miangnya, terlanggar kena rabasnya. | Orang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |