| Ibarat perahu takkan karam sebelah. | Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu. | Seseorang yang diperlakukan dengan sekehendak hati, kerana tidak ada kaum kerabatnya yang disegani orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam. | Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |