Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerak;

Puisi
 

Telur murai di atas geta,
     Benang kerak disimpul pulih;
Orang duduk bertindih riba,
     Jangan diharap katakan boleh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ada kerak,
     ada nasi.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Membesarkan kerak nasi.Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada kerak, ada nasi.Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada.Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya.Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak bernasi di balik kerak.Tidak ada yang ketinggalan (sudah selesai, sudah diperlihatkan dan sebagainya). (Bandingkan dengan: Ada nasi [= bernasi] di balik kerak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada nasi (= bernasi) di balik kerak.Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan. (Bandingkan dengan: Tidak bernasi di balik kerak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar periuk besar kerak.Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang.Kerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah kenyang makan kerak.Sudah banyak pengalaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah biasa makan kerak.Sudah biasa mengalami kesukaran hidup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas