Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. | Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak bernasi di balik kerak. | Tidak ada yang ketinggalan (sudah selesai, sudah diperlihatkan dan sebagainya). (Bandingkan dengan: Ada nasi [= bernasi] di balik kerak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada nasi (= bernasi) di balik kerak. | Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan. (Bandingkan dengan: Tidak bernasi di balik kerak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membesarkan kerak nasi. | Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada kerak, ada nasi. | Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada. | Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar periuk besar kerak. | Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang. | Kerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah kenyang makan kerak. | Sudah banyak pengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah biasa makan kerak. | Sudah biasa mengalami kesukaran hidup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |