Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ran.jang] | کرنجڠ

Definisi : sj bakul besar yg dianyam kasar­kasar: Amir datang dgn sebatang kayu pengandar dan dua buah ~; ~ orang bakul tempat diisi orang; ~ sampah bakul sampah; bola ~ Id permainan bola yg menggunakan keranjang sbg gol; mata ~ ki sangat suka melihat perempuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ran.jang] | کرنجڠ

Definisi : bakul besar yg dianyam drpd buluh atau rotan tempat menyimpan barang-barang: ~ sampah bakul besar tempat sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keranjang

Puisi
 

Nenek Lowek menjual sirih,
     Sirih dijual Jambatan Panjang;
Cantik molek kami tak pilih,
     Asallah jangan mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut;
     ke dalam keranjang longgar.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti keranjang bobos.Tiada puas dengan apa yang diperolehnya dan berkehendakkan lebih banyak lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar.Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertangguk pada ikan dikeruntungkan, tertangguk pada ular dikeruntungkan juga.Buruk atau baik diterima saja setelah dimuafakati beramai-ramai. keruntung = keranjang untuk menyimpan ikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas