Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ren.da.han] | کرندهن

Definisi : 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi ke­hina­­an, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ren.da.han] | کرندهن

Definisi : 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,

Peribahasa

Adat yang menurun,
     syarak yang mendaki.

Bermaksud :

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan.Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat yang menurun, syarak yang mendaki.Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas