Menyauk kering-kering, membeli habis-habis. | Menyelidiki sesuatu hal sampai jelas; menuntut ilmu hendaklah sampai ke penghabisannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak mengepal pasir kering. | Membuat pekerjaan yang sukar. (Bandingkan dengan: Bagai mengepal pasir kering). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kering tempayan, cebok pun jauhlah. | Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dihujani kering, dijemur basah. | Berbuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurus kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang. | Kurus sekali kerana sakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula. | Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Terjatuh dihimpit janjang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telaga kering hilanglah timba. | Kemakmuran habis orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain basah kering di pinggang. | Sangat miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang. | Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |