Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya. | Perbuatan yang pandir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keris pedang (= lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. | Kata-kata lebih tajam daripada senjata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok. | Orang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyisip keris tak bersarung di pinggang. | Memelihara anak tanpa memberi ilmu pengetahuan akhirnya menyusahkan ibu bapanya juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti keris yang tak payah diasami lagi. | Sudah mahir dan tidak payah ditunjuk ajar lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai gembala diberi keris. | Pemberian yang tidak berfaedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang. | Jangan menyerahkan kuasa kapada orang, nescaya kita dibinasakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada dapat dua keris di dalam satu sarung. | Tiada mungkin seorang perempuan bersuami sampai dua orang dalam satu waktu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |