Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. | Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga. | Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jejaknya keruh. | Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak keruh laut oleh ikan, tak runtuh gunung oleh kabut. | Adat yang mutlak tidak akan berubah oleh faham (fikiran, aturan dan sebagainya) yang baru. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air keruh, limbat keluar. | Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buangkan yang keruh, ambil yang jernih. | Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dibuang yang keruh, diambil yang jernihnya. | Yang buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kusut diselesaikan, keruh diperjernih. | Segala perselisihan hendaklah didamaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga. | Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menangguk dalam air keruh. | Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |