Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.la.han] | کسالهن

Definisi : 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. di­persalahkan, dianggap salah, mendapat salah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.la.han] | کسالهن

Definisi : 1 perbuatan yg salah; apa-apa yg salah: ~nya yg besar adalah menerima rasuah drpd tauke itu. 2 keadaan atau hal salah: ~ membuang sampah di merata-rata tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesalahan

Peribahasa

Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga.

Bermaksud :

Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan.

 

Lihat selanjutnya...(36)

418

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Membasuh muka dengan air liur.Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga.Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar.Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandai seperti pisau raut: bongkok orang dapat dibetulkan (= dilepaskan), bongkok diri sendiri tinggal kekal.Hanya pandai memperbaiki kesalahan orang lain, tetapi tak dapat memperbaiki kesalahan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belukar sudah menjadi rimba.Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cencang terdadik jadi ukir.Kesalahan yang tiada disengajakan, tetapi mendatangkan kebaikan. terdadek = tersesat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat kutu, boleh diselisik.Kesalahan atau keburukan tidak dapat disembunyikan. selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sesat surut, terlangkah kembali.Memperbaiki kesalahan yang telah terjadi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas