Maksud bagai maksud manau. | Maksud yang melebihi kesanggupan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berapa panjang sarung begitulah kerisnya. | Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit hendak jadi enggang. | Ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut. | Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu. | Berpura-pura melawan, meskipun kesanggupan sudah tidak ada lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. | Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi. | Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |