Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur. | Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kesat daun pimping. | Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. pimping = sebangsa gelagah yang batangnya tiada berongga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertunggul ditarah, kesat diempelas. | Segala perselisihan kecil dan besar hendaklah diselesaikan dengan seadil-adilnya. empelas = pohon yang daunnya kasap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |