| Makan keringat orang. | Mengecap kesenangan dengan jalan memeras orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidur di kasur. | Mendapat kesenangan; beristeri orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Elok buruk dan busuk hanyir. | Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak mendapat pisang terkupas. | Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telah berasap hidungnya. | Sudah mendapat kesenangan setelah lama menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada rotan, ada duri. | Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang kabus, teduh hujan. | Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Terang kabut, teduh hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terang kabut, teduh hujan. | Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kabus, teduh hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mustahil tak berluluk mengambil cekarau. | Mustahil mendapat kesenangan tanpa berusaha. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sirih naik, junjungan patah. | Baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |