Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.ka.an] | کسوکاءن

Definisi : 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (di­sayangi, dicintai, dikehendaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.ka.an] | کسوکاءن

Definisi : 1 keadaan atau rasa suka; kegembiraan: Mereka bermain beramai-ramai dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai; apa-apa yg menyukakan; kegemaran; kemahuan: ~nya pd waktu lapang ialah memancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Peribahasa

Seperti anjing berjumpa (= dapat) pasir.

Bermaksud :

Kesukaan yang tidak pada tempatnya kerana bertemu dengan barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pejatian awak, kepantangan orang.Kesukaan awak, kebencian orang. pejatian = kesukaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti anjing berjumpa (= dapat) pasir.Kesukaan yang tidak pada tempatnya kerana bertemu dengan barang yang digemarinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain mangkuk lain cawan.Tidak sama pembawaan dan kesukaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jerat serupa jerami.Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang.Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas