| Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin. | Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul. | Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berbukit di balik pendakian. | Kesusahan yang silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beranak tiada berbidan. | Mendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jatuh dihimpit tangga. | Mendapat kesusahan silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merasai asin garam. | Merasai kesusahan dan kesukaran; berpengalaman banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anjing terpanggang ekor. | Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kena luluk kandang kering. | Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengusik anjing tidur. | Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melentur dahan dek meluyut buahnya. | Kesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |