Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.huan] | کتاهوان

Definisi : 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Peribahasa

Busuk berbau,
     jatuh berdebuk.

Bermaksud :

Perbuatan yang buruk lambat-laun akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sekali lancung keujian, seumur hidup orang tak percaya.Sekali ketahuan kelakuan yang tak baik, selama hidup orang tidak percaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Busuk berbau, jatuh berdebuk.Perbuatan yang buruk lambat-laun akan ketahuan juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang maling berteriak maling.Mendului orang menyorakkan sesuatu kejahatan, supaya kejahatannya tidak ketahuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penghisap candu gelap.Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak.Perkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga.Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tutup lutut, terbuka pusat; lepas kaki, leher terjerat.Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya.Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas