Ketam (= kepiting) menyuruhkan anaknya berjalan betul. | Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manis udang, maka ketam direbus tak merah? | Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sarang unam dimasuki ketam, menjadi umang-umang. | Menyamarkan diri kerana sesuatu muslihat; orang yang suka menggunakan hak milik orang lain. unam = sejenis siput. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai serangkak tertimbakan. | Berjalan miring. serangkak (sirangkak) = ketam kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit. | Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti keroncor dengan belangkas. | Persahabatan yang karib. keroncor = ketam besar jantan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai umang-umang. | Orang yang suka berpakaian bagus tetapi bukan miliknya sendiri. umang-umang = ketam di laut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menggegai sempada di bawah batang. | Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan menggerak ular tidur). menggegai = mengusik; sempada = ketam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |