Ketika gagak putih, bangau hitam. | Kiasan pada zaman yang sudah silam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ketika ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan. | Berhemat cermat dalam penghidupan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjemur sementara hari panas. | Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak anjing tersepit. | Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai. | Kasih sayang yang tidak ada taranya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam. | Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melangkah kaki kanan. | Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata tidur, bantal berjaga. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam. | Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata kejam, bantal membuat ragam. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |