| Orang mandi berselam, awak mandi bertimba. | Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menangguk dalam air keruh. | Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memancing di air keruh. | Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menahan jerat di tempat genting, b. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan, c. Menangguk dalam air keruh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menahan (= memasang) lukah di penggentingan. | Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menahan jerat di tempat genting. | Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Memancing di air keruh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan). kambeh = peria; cangkuk = pekasam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |