Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khua.tir] | خواطير

Definisi : Ar agak cemas atau takut akan ber­lakunya sesuatu, berasa gelisah atau tidak sedap hati (kerana memikirkan sesuatu), bim­bang: ia ~ kerana suaminya yg dikasihinya belum pulang-pulang; aku ~ kalau-kalau di tempat ini ada penjahat dan penyamun; mengkhuatiri khuatir (akan sesuatu per­kara, atau kejadian atau orang): tingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yg lain; mereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yg mengekori mereka; mengkhuatirkan menyebabkan (menim­bulkan) rasa khuatir, membimbangkan, me­nakutkan: orang itu pernah membuat ugutan yg ~nya; tempat ini dikawal, tiada apa yg ~; kekhuatiran perasaan khuatir, kebim­bangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khua.tir] | خواطير

Definisi : berasa gelisah kalau-kalau berlaku sesuatu pd diri sendiri atau pd orang lain; bimbang: Ia ~ kerana anaknya yg dikasihi itu belum pulang-pulang. mengkhuatiri khuatir (takut, bimbang) akan sesuatu: Tidak ada apa-apa yg harus dikhuatiri. mengkhuatirkan menimbulkan rasa khuatir; membimbangkan: Kesihatannya ~ kami semua. kekhuatiran perasaan khuatir; kebimbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khuatir (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan cemas, gelisah, gusar, resah, bimbang, takut, ragu-ragu, curiga, walang hati, bersusah hati, bersedih hati, dukacita, berhati walang, syak walang, tidak sedap hati;,
Kata Terbitan : mengkhuatiri, mengkhuatirkan, kekhuatiran,

Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselami,
     ini pula air dalam terenang.

Bermaksud :

Orang yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar tiada khuatir menghadapi pekerjaan yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berarak ke tebing.Selalu merasa khuatir. berarak = berjalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lautan yang dalam sudah diselami, ini pula air dalam terenang.Orang yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar tiada khuatir menghadapi pekerjaan yang kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas