Definisi : Ar agak cemas atau takut akan berlakunya sesuatu, berasa gelisah atau tidak sedap hati (kerana memikirkan sesuatu), bimbang: ia ~ kerana suaminya yg dikasihinya belum pulang-pulang; aku ~ kalau-kalau di tempat ini ada penjahat dan penyamun; mengkhuatiri khuatir (akan sesuatu perkara, atau kejadian atau orang): tingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yg lain; mereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yg mengekori mereka; mengkhuatirkan menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan: orang itu pernah membuat ugutan yg ~nya; tempat ini dikawal, tiada apa yg ~; kekhuatiran perasaan khuatir, kebimbangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : berasa gelisah kalau-kalau berlaku sesuatu pd diri sendiri atau pd orang lain; bimbang: Ia ~ kerana anaknya yg dikasihi itu belum pulang-pulang. mengkhuatiri khuatir (takut, bimbang) akan sesuatu: Tidak ada apa-apa yg harus dikhuatiri. mengkhuatirkan menimbulkan rasa khuatir; membimbangkan: Kesihatannya ~ kami semua. kekhuatiran perasaan khuatir; kebimbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)