Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kiam.bang] | کيامبڠ

Definisi : sj tumbuhan yg terapung-apung di air, Pistia stratiotes; ibarat ~ ki perihal tidak teguh dan tidak tetap; bagai (spt) ~ dilempar prb bersurai seketika kemudian berkumpul semula (bkn orang ramai yg berkumpul); biduk lalu ~ bertaut prb orang yg bertelingkah (berkelahi) yg kemudiannya berbaik semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kiam.bang] | کيامبڠ

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg terapung-apung di air, Lemna spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiambang

Puisi
 

Dari hulu sampai ke hilir,
     Pokok kiambang tumbuh melata;
Cubalah ingat cubalah fikir,
     Siapalah dia di depan kita.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi.Tidak tetap pada suatu tempat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kiambang dilempar.Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biduk lalu kiambang bertaut.Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang.Benda yang diperoleh, meskipun berguna, tetapi kemudian mendatangkan kesusahan. pelak = panas, gerah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas