Kodok dapat bunga sekuntum. | Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kodok ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertungging bagai kodok dalam lubang. | Orang miskin yang jatuh dalam kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasangan tiba di kodok. | Perintah yang tak dapat dielakkan lagi. pasangan = kuk; kodok = tengkuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada kubangan yang tak ada kodok. | Tidak ada negeri yang tidak ada perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kucing biang. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kodok ditimpa kemarau). biang = induk atau gatal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kucing keguguran anak. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |