Membulang ayam indarus rancak kokok. | Lahirnya saja pandai atau berani, tetapi yang sebenarnya bodoh atau penakut. rancak kokok = merdu bunyi kokoknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. | Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi). bergelumang = kotor berlumur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi. | Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. tombong = sombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |