Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut kosong,
     dibuat gulai.

Bermaksud :

Keinginan timbul bila dalam kekurangan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Perut kosong penggilap otak.Lapar menyebabkan orang berfikir.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perut kosong, dibuat gulai.Keinginan timbul bila dalam kekurangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tong kosong berbunyi nyaring.Orang bodoh yang banyak bual-bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar bungkus tak berisi, b. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meriba puan kosong.Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjual petai hampa.Membual; omong kosong.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah kedempung, di luar berisi di dalam kosong.Orang yang sombong banyak cakapnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong.Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjual tangkai cangkul sekah.Membual; omong kosong. (Peribahasa lain yang sama makna: Menjual petai hampa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tekek di rumah tinggal (= di rumah kosong).Amat daif. tekek = tokek.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas