Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit. | Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). rengkuh = menarik kuat-kuat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai. | Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat tertawa koyak bibir. | Bersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat lilit kerana simpulnya. | Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat. | Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. | Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya. | Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. | Bercakap besar di belakang-belakang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Paku sebatang, kuat bunyi tukulnya bertalu-talu. | Bercakap besar tetapi bukti kerja tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |