Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kubur\

Puisi
 

Lang putih terbang ke kubur,
     Kembang bunga waktu pagi;
Adik putih bangun tidur,
     Macam bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Menabur bunga di atas kubur.

Bermaksud :

Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membuang bunga ke jirat).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kubur kata mari, rumah kata nanti.Orang yang sudah lanjut usianya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menabur bunga di atas kubur.Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membuang bunga ke jirat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membalik-balik mayat di kubur.Menyebut-nyebut nama orang yang telah meninggal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mayat sudah di tepi kubur.Pekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing.Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak rasa di liang lahad.Dalam kesempitan. lahad = lubang kubur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuang bunga ke jirat.Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia, (Peribahasa lain yang sama makna: Menabur bunga di atas kubur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat beban sudah ke tepi.Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membangkit-bangkit batang terendam.Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas