Seperti harimau kena kucing pekak. | Marah bercampur takut kerana bahaya yang menimpanya. kucing pekak = perangkap besi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak. | Tergopoh-gopoh dengan tidak keruan. (Bandingkan dengan: Seperti kucing keguguran anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memukul kucing di dapur. | Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Melukah ikan dalam panai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbelok kucing main daun. | Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai kucing main daun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kucing keguguran anak. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing main daun. | Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai tupai bergelut, c. Berbelok kucing main daun, d. Seperti elang menyongsong angin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melakak kucing di dapur. | Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kodok ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melukah ikan dalam panai. | Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang. | Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |