Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang. | Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi. | Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kodok ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi. | Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biarpun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga. | Pembawaan yang tidak dapat diubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing tidur di bantai. | Hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing takut akan balur. | Lelaki yang takut kepada perempuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing menjemput api. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing lepas senja. | Sukar dicari; merasa senang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing kehilangan anak. | Kehilangan akal; bingung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |