Kuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga. | Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas. | Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuda pelejang bukit. | Orang yang menjadi kakitangan orang lain. (Bandingkan dengan: Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. | Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. (Bandingkan dengan: Kuda pelejang bukit). lejang = melompat serta lari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. | Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti. | Orang yang rajin dan pandai berbuat pekerjaan tak perlu diawasi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya. | Orang yang rajin senantiasa disuruh orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi kuda beban. | Orang suruhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kuda lepas dari pingitan. | Sangat bergembira, sebab bebas daripada kongkongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |