Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.da.ku.da] | کودا٢

Definisi : 1. penyangga (penopang) papan hitam yg berkaki tiga; 2. kayu penyangga tulang bumbung rumah; 3. kayu palang utk menyangga (kayu yg akan ditarah dll); 4. bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru; 5. (Muz) penyangga pd alat bunyi­-bunyian (spt biola dll) utk meregangkan tali; 6. kuda-kudaan; 7. (dlm seni mempertahan­kan diri) sikap siaga dgn kedudukan tubuh dan kaki yg bersedia menerima serangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da.ku.da] | کودا٢

Definisi : , kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda-kuda

Puisi
 

Laksamana naik kuda,
     Kuda datang dari Acheh;
Bukan senang bermain muda,
     Nak ada ilmu yang terpilih.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuda itu kuda juga,
     keldai itu keldai juga.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Telinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas.Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga.Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti.Orang yang rajin dan pandai berbuat pekerjaan tak perlu diawasi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya.Orang yang rajin senantiasa disuruh orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang.Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi kuda beban.Orang suruhan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kuda lepas dari pingitan.Sangat bergembira, sebab bebas daripada kongkongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kuda kencing di papan.Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kuda bulu kasap.Anak muda yang riang gembira. bulu kasap = bulu yang tidak licin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak ras kuda pula kukuran.Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas