Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.dis] | کوديس

Definisi : 1. sj penyakit kulit yg gatal dan ber­jangkit; ~ anjing = ~ api kudis yg besar; ~ buta kudis yg kecil-kecil di merata badan; 2. ki sesuatu yg mencelakakan, sesuatu yg mendatangkan keburukan; ~ menjadi tokak prb perkara kecil menjadi besar (kerana dibiarkan); mengubik kepala ~ orang prb membuka rahsia orang; berkudis, kudisan mendapat (menderita) penyakit kudis; mengudis menjadi kudis: luka itu ~ sebab dibiarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.dis] | کوديس

Definisi : penyakit kulit yg gatal dan mudah berjangkit. ~ anjing (api) kudis yg besar. ~ buta kudis yg kecil-kecil di merata-rata badan. berkudis menderita penyakit kudis; terdapat atau ada kudis. mengudis menjadi kudis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kudis

Peribahasa

Bukan kudis dibuat pekung.

Bermaksud :

Bukan perkara atau kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. (Bandingkan dengan: Kudis menjadi tokak).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kudis menjadi tokak.Perkara kecil menjadi besar. (Bandingkan dengan: Bukan kudis dibuat pekung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukan kudis dibuat pekung.Bukan perkara atau kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. (Bandingkan dengan: Kudis menjadi tokak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengubik (= mengelupaskan) kepala kudis orang.Membukakan rahsia orang. (Bandingkan dengan: Menggetil puncak kedal orang). mengubik = mengupas dengan kuku.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai rupa tokak dibasuh.Sangat buruk. tokak = kudis besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuman menjadi barah (= pekung).Perkara kecil menjadi besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kudis menjadi tokak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggetil puncak kedal orang.Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas