| Kalau dibalun sebalun kuku, kalau digumpal segumpal tanah. | Alam rohani yang tak terbatas. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kuku dengan isi (= daging). | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai lesung dengan antan. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam. | Alam rohani yang tak berbatas. balun = gulung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harimau menyorokkan kuku. | Orang yang menyembunyikan kelebihannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Inai tertepung, kuku tanggal. | Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. tertepung = sudah digiling. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai inai dengan kuku. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bergantung di hujung kuku. | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Meramas santan di kuku. | Minta sesuatu kepada orang yang tak punya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kucing menyembunyikan kuku, terlihat panggang berubahlah laku. | Orang jahat yang berpura-pura baik sementara belum bertemu dengan barang yang disukainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |