Kuman menjadi barah (= pekung). | Perkara kecil menjadi besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kudis menjadi tokak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah. | Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencungkil kuman dengan alu. | Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput, d. Mencari umbut dalam batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Matilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya. | Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah berhati, kuman pun berhati juga. | Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah dipandang seperti kuman. | Terlalu marah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah. | Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |