Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.di] | کوندي

Definisi : Mn sj biji saga yg digunakan utk menim­bang emas (beratnya 241 mas), kenderi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kundi

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Yang merah saga,
     yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
     yang baik budi.

Bermaksud :

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang.Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas