Sebagai kunyit dengan kapur. | Mudah dan lekas mesra. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak resan kunyit, resan serai. | Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bila 'dah merah: kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit. | Apabila telah berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik, maka satu sama lain salah menyalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menguningkan kunyit sendiri. | Suka memuji-muji diri sendiri. (Biasa juga: Mengepit daun kunyit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang. | Mudah dihasut atau dipujuk. (Bandingkan dengan: Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur. | Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |