Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ra.ku.ra] | کورا٢

Definisi : 1. sj binatang reptilia dlm keluarga yg mempunyai kulit yg keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat; jenis-jenis: ~ bukit = ~ duri, Heosemys spinosa; ~ daun, Cyclemys dentata; ~ gergasi, Geochelone gigantea; ~ katup = ~ padi, Cuora ambionensis; ~ paya, Siebenrockeilla crassicolis; 2. = kekura sesuatu yg menyerupai binatang kura-kura; kunci ~ kunci gantung; ~ jendela bingkai jendela; ~ kaki bahagian kaki yg melengkung di antara buku lali dan jari, punggung kaki; ~ tangan bahagian tangan yg kebalikan tapak tangan, punggung tangan; ~ dlm perahu prb perbuatan yg bodoh; ~ pandai kerebat kayu = spt ~ hendak memanjat pohon kayu prb orang yg hendak melaku­kan sesuatu yg mustahil dapat dilakukannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ra.ku.ra] | کورا٢

Definisi : kekura beberapa jenis binatang melata berkaki empat yg kulit belakangnya keras dan dpt hidup di air atau di darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ku.ra.ku.ra] | کورا٢

Definisi : , kekura beberapa jenis binatang melata berkaki empat yg kulit belakangnya keras dan dpt hidup di air atau di darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kura-kura

Puisi
 

Kura-kura mati kutekan,
     Kutekan mari jariku manis;
Pura-pura melagau makan,
     Di dalam hatinya jua menangis.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kayu yang tumbang itu,
     kura-kura pun hendak memanjatnya.

Bermaksud :

Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kura-kura pandai kerabat kayu.Berbuat sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Kura-kura [hendak] memanjat kayu. kerabat = panjat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu yang tumbang itu, kura-kura pun hendak memanjatnya.Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar.Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kura-kura kakinya tiada basah.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kura-kura (hendak) memanjat kayu.Berbuat sesuatu yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar.Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kura-kura di atas dahan.Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kura-kura telentang.Orang sakit yang terbaring dengan tiada berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas